Selamat datang ke Cari-Duit.blogspot.com

Cari-Duit.blogspot.com

Itu alamat blog ini. Dengan nama yang begitu, agak-agak apa cerita dalam blog ini ek? Rasanya tekaan anda tepat, sebabnya blog ini memang cerita pasal cari duit. Mungkin juga timbul persoalan di fikiran anda, kenapa perlu tambah lagi satu blog cerita pasal cari duit yang memang dah berlambak-lambat di internet?

Bagi saya tiada sesiapa yang pandai sangat dalam internet ni, salah satu sebabnya ia adalah kerana dunia internet sendiri yang boleh berubah-ubah. Letusan web 2.0 sendiri adalah satu contoh. Kita juga tidak pandai dalam semua macam-macam perkara di internet, tapi mungkin kita ada tahu sedikit daripada kebanyakan orang lain yang boleh kita kongsi. Satu lagi, dalam kebanyakan perkara bukan setakat kita tahu dan pandai tetapi usaha gigih yang penting.

Memang dah lama nak buat pasal blog cari duit ni, tapi tak buat-buat juga. Namun saya menumpukan perhatian kepada website dan blog saya yang lain. Semua website saya yang lain tu bukanlah berkisarkan bagaimana nak buat duit di internet dan sebagainya tetapi lebih kepada niche market yang tersendiri. Yang bagusnya dapat juga sedikit sebanyak pengalaman dalam mengendali website dan mencari duit di dunia siber. Harap-harap kita dapat berkongsi pengalaman, kaedah, strategi dan idea dalam sama-sama mencari duit di internet.

Setiap perkara ada permulaan dan dengan tersiarnya blog post pertama ini, rasanya boleh memangkinkan penulisan blog post seterusnya.

Jadi, selamat berkenalan di blog ini.
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 ulasan:

Catat Ulasan