
Mungkin sebab anda tidak pernah mulakan pun! Ataupun anda buat separuh jalan sahaja. Jadi bagaimana anda hendak buat duit.
Satu perkara yang perlu anda tahu ialah,ia memerlukan usaha yang gigih juga, ia bukan sesuatu yang anda buat sejam atau sehari, lepas tu duit boleh masuk tiap-tiap bulan. Yang ada begitu pun mungkin skim cepat kaya, dan skim cepat kaya pun boleh bertukar menjadi skim kejap kayap. Ada orang tua di tempat saya kehilangan RM12,000 kerana skim kaya Swiss Fund (sejenis HYIP).
Anggaplah buat duit melalui internet adalah mudah sebagai satu mitos. Ia tidaklah lah semudah A,B,C. Sekurang-kurangnya pada peringkat permulaan. Cari duit di internet samalah juga macam cari duit di luar internet, kena usaha juga. Yang bagusnya, usaha yang kuat perlu pada peringkat permulaan sahaja, selepas melepasi tahap tertentu mungkin anda cuma perlu sekali-sekali tokok tambah atau maintain atau memperbaiki perkara-perkara tertentu.
Anda dah dengar cerita di internet, di surat khabar atau di televisyen bagaimana orang-orang tertentu membuat duit melalui internet. Anda kata anda pun berminat dan ingin juga mendapat duit di internet. Jadi apakah langkah pertama anda? (pergi ke Youtube menghabiskan masa menonton video bukanlah langkah permulaan yang baik!)
0 ulasan:
Catat Ulasan