{EAV:372e9692f14d40bd}
MOL AccessPortal Berhad (MOL) dan penyedia perkhidmatan bayaran dalam talian terkemuka dunia, PayPal, mengadakan pakatan strategik dengan memperkenalkan kad prabayar jenama bersama The Digital Card, sekali gus memberi peluang kepada 17 juta pengguna Internet di negara ini membuat pembelian atau bermain game online lebih mudah tanpa perlu menggunakan kad kredit.

Kad yang dikeluarkan EON Bank Berhad (EON Bank) itu yang bakal berada di pasaran mulai 19 Julai ini, boleh diisi semula di lebih 15,000 kedai terpilih di seluruh negara dan melalui perbankan Internet.
Pengurus Besar PayPal Asia Tenggara dan India, Elias Ghanem, berkata kad prabayar pertama seumpamanya di dunia itu membolehkan pelanggan menggunakan akaun PayPal untuk membuat pembelian secara cepat dan selamat serta menambah nilai MOLPoints bagi tujuan bermain lebih 200 permainan video dalam talian.
“Kami tidak meletakkan sasaran tertentu membabitkan jumlah pemegang kad. Bagaimanapun, potensinya sangat besar. “Ini kerana, daripada 17 juta pengguna Internet di Malaysia, cuma 17 peratus menggunakan kad kredit untuk berurus niaga secara dalam talian dan golongan ini adalah sasaran kami,” katanya pada Majlis Pelancaran The Digital Card di Kuala Lumpur, kelmarin.
Hadir sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MOL, Ganesh Kumar Bangah serta Naib Presiden Perancangan dan Pembangunan Perniagaan Serantau PayPal Asia Pasifik, Melanie Tan.
Mengulas lanjut, Elias berkata, bagi memberi tambahan nilai kepada pelanggan, pemegang kad prabayar terbabit akan diberikan rebat sebanyak RM15 untuk transaksi pertama dilakukan dengan jumlah sekurang-kurangnya RM150. “Tawaran sah sehingga 31 Ogos ini dan pengguna bakal menikmati pelbagai tawaran hebat,” katanya.
harian metro Julai 2010
Pergi ke website: MyMol
Pergi ke websiet: Paypal
0 ulasan:
Catat Ulasan