Cari Duit Dengan Kongsi File Cara Pay Per Download

Bagaimana buat duit dengan cara berkongsi file (file sharing)? Bagaimana buat duit dengan Pay Per Download? Buat duit dengan Rapidshare? Dengan Ziddu?

Secara ringkasnya anda cuma:
Upload file ke website file sharing hosting yang memberi komisen jika file tersebut dimuat turun. Hebahkan link untuk download file tersebut di forum, blog, Twitter dan lain-lain website. Bila ramai orang download anda akan dibayar oleh pihak file hosting tersebut.

Anda perlu ada file yang boleh menarik orang untuk download. File tersebut boleh dalam bentuk apa pun samada video, audio, ebook, software dan sebagainya. Elok kompresskan file-file tersebut dalam bentuk zip atau rar dan sebagainya supaya bersaiz lebih kecil.

Terdapat banyak contoh-contoh website, blog dan forum dimana link-link untuk download file di promosikan dengana hebat. Blog-blog yang dibuat semata-mata membuat promosi download link juga banyak . Namun. kebanyakannya adalah untuk download bahan-bahan cetak rompak dan dilarang untuk dikongsi seperti video cerita wayang, ebook, software cetak rompak, ebook dsb.

Potensi buat duit.
Biasanya bayarannya amat kecil untuk setiap jumlah download. Anda perlu merekodkan beribu-ribu download untuk mendapat bayaran. Sebagai contoh Easy-share.com memberi komisen sehingga USD $20 untuk 1,000 download dari negeri US dan Britain. Lain-lain website file sharing memberi komisyen yang berbeza. 

Pembayaran komisyen  biasa di buat melalui Paypal.com, wire transfer atau cek bergantung kepada file hosting.

Anda perlu mencari file hosting yang sesuai untuk mendaftar:
1. Website file hosting tersebut membayar untuk download, bukan semua file hosting berbuat begitu. Ada juga yang hanya memberi point dan ia hanya boleh digunakan untuk membuka akaun premium baru. Contohnya  Rapidshare.com hanya memberikan point yang apabila terkumpul pada jumlah tertentu boleh ditebus untuk mebuka akaun baru. Baaimanapun anda boleh menjual akaun-akaun baru tersebut.

2. Ada website file hosting in memerlukan anda mempunyai akaun premium dengan mereka untuk komisen download. Ini melibatkan kos tambahan.

3.  Apakah sasaran negara anda. Jika pasaran anda tidak bersifat global, anda perlu menyemak info di website file hosting tersebut samaada diambil kiira download yang datang dari negara tertentu. Sebahagian besar tidak memberi apa-apa bayaran atau dalam bentuk point untuk download yang datang dari negara Malaysia. Sebagain contoh megaupload,com tidak memgambilkira download yang datang dari Malaysia.

Kriteria-kriteria pemilihan file hosting site
Sebagai info saya mengambil beberapa file hosting site sebagai contoh:

megaupload

Megaupload.com
1. Perlu menjadi ahli premium. Anda boleh menjadi ahli percuma dahulu dan boleh mengutip point  Anda boleh tukarkan point untuk menjadi ahli premium dan point selebihnya boleh diambil dalam bentuk tunai.
2. File besaiz lebih dari 100MB tidak layak untuk diambilkira.
3. Download dari negara-negara trentu sahaja diambilkira (Malaysia tiada dalam senarai).
4. Komisen : 1 point untuk setiap 1 download. Point boleh ditukar:
10000 points  untuk sebulan keahlian premium
50000 points untuk 6 bulan keahlian premium
100000 points untuk 1 tahun keahlian premium  + USD $100
500000 points untuk keahlian platimum seumur hidup + USD $500
1000000 reward points: USD $1500
5000000 reward points: USD $10000

sharecash






Sharecash.org

Sharecash.com adalah salah website file hosting yang memberikan kadar komisen yang tinngi berbanding dengan lain-lain. Ini mungkin kerana terdapat unsur 'paksaan' untuk mereka yang ingin download file dari sharecash.  Mereka perlu menyelesaikan sesuatu tugas (CPA) dahulu seperti mengisi borang survey sebelum boleh download. Mengikut Sharecash.org, anda boleh mendapat secara purata USD $0.40 hingga USD $0.80 untuk setiap download.  kadar komisen berbeza mengikut apakah  perkara (CPA) ynag perlu dibuat sebelum download.
1.Tidak perlu menjadi ahli premium.
2. Download dari negara-negara trentu sahaja diambilkira. (malaysia tiada dalam senarai)
3. Mengikut Sharecash.org, anda boleh mendapat secara purata USD $0.40 hingga USD $0.80 untuk setiap download.  kadar komisen berbeza bergantung kepada apakah   perkara (CPA - isi borang survey, selesaikan kuiz dll) yang perlu dibuat sebelum download.
4. Perlu file yang amat diingini pelawat untuk download, kalau tidak mereka tidak akan menyelesaikan survey, kuiz atau membuat langganan dahulu untuk membuat download.

 

Easy-share.com
1.Tidak perlu menjadi ahli premium.
2. Download dari negara-negara trentu sahaja diambilkira. (Malaysia tiada dalam senarai)
3.`Sehingga USD $20 untuk setiap 1000 downloads dari  US dan Britain. Sehinnga USD`$10 untuk 1000 downloads dari negara: Italy, Switzerland, United Arab Emirates, Norway, Bahrain, Austria.

 

Ziddu.com
1. Tidak perlu menjadi ahli premium
2. Dahulunya download dari negara tertentu shaja diambilkira, tapi sekarang semua download diambilkira.
3. Komisyen:
10000 Unique Downloads: $10
50000 Unique Downloads: $50
100000 Unique Downloads: $100 USD
500000 Unique Downloads: $500 USD
1000000 Unique Downloads: $1000 USD

Berdasarkan kepada di atas, Ziddu.com adalah pilihan yang menepati kriteria-kriteria tersebut.


Berikut adalah antara file hosting Pay Per Download yang anda boleh sertai tanpa perlu menjadi ahli berbayar premium.

sharecash.org
easy-share.com
ziddu.com
sharingmatrix.com
uploading.com
depositfiles.com

Terdapat banyak lagi file hosting site lain yang anda boleh cari di internet.

Perkara-perkara perlu dipertimbangkan:
1. Mencari file-file yang diminati ramai untuk download.
2. Kelajuan internet untuk upload file jika fail bersaiz besar.
Untuk upload fail yang besar ke file hosting di internet boleh mengambil masa yang besar terutamanya jika internet anda slow.
3. Perlukan promosi yang aktif. Mungkin melalui website, blog, forum, networking, bookmarking sites atau email.
4. Blog atau tempat yang anda promosikan link perlu menyasarkan pelawat global dan bukan terhad kepada pelawat dari Malaysia sahaja.

Anda tidak perlu mempunyai website atau blog sendiri untuk mencari duit dengan cara berkongsi file ini. Walaupun cara ini adalah cara yang 'halal' tetapi apa yang saya tahu kebanyakkannya adalah mengkongsi file yang dilarang. Anda sendiri pun mungkin sudah banyak berjumpa dengan blog dan forum yang sedemikian. Dengan itu ambilah info disini sebagai pengetahuan. Bagaimana pun terdapat banyak file-file yang dibolehkan untuk dikongsi seperti open source software, perisian percuma, grafik percuma, video klip dan sebagainya yang anda boleh cari di internet.untuk dikongsikan.

Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 ulasan:

Catat Ulasan