Wujudkan diri anda di internet!

Untuk membuat duit di internet, anda perlukan mewujudkan diri anda di internet. Jika selama ini anda hanya sebagai pelayar internet mungkin masanya sudah tiba untuk anda mewujudkan diri anda di internet. Satu cara yang paling baik, adalah dengan membuat website atau blog anda sendiri di internet. Betul, terdapat jalan cari duit internet yang tidak memerlukan anda mempunyai website sendiri. Ini akan kita teroka pada masa akan datang. Bagaimana pun mempunyai website sendiri atau blog (blog juga adalah sejenis website) membuka banyak peluang dan jalan-jalan membuat duit yang jauh lebih luas.
Kemungkinan anda sudah pun ada blog tersendiri. Bagus. Jika tidak, mulakan hari ini juga. Membuat blog di blogger.com tidak memerlukan kepakaran kerana ia adalah amat mudah. Dalam beberapa minit sahaja anda akan mempunyai blog anda sendiri yang anda boleh laungkan ke seluruh dunia siber.


Saya sarankan anda tidak bertangguh lagi membuat blog. Ini adalah kerana banyak sebab:
1. Enjin pencari mengambil masa untuk mengindexkan blog anda. Lagi cepat anda buat lagi cepat blog anda boleh di jumpai oleh enjin pencari. Bukan setakat untuk diindexkan sahaja tapi juga untuk menaikkan ranking blog dalam result pencarian supaya kedudukan anda tidaklah ke belakang sangat.
2. Trafik adalah satu perkara yang penting jika anda ingin membuat duit di internet. Blog yang paling cantik dalam dunia pun mungkin tinggal sekadar cantik kerana kekurangan trafik. Salah satu sumber trafik selain dari enjin pencari adalah melalui web social networking. Lagi cepat anda buat blog, lagi luas social networking anda dan seterusnya menghasilkan trafik yang banyak.
3. Isi kandungan blog anda bertambah. Lagi cepat anda mulakan lagi banyak isi kandungan yang anda tulis yang di harapkan bertambah bagus dan relevan. Selain dari enjin pencari, pelawat juga akan meminati blog anda. Perhatikan, kebanyakan blog yang teratas dalam enjin pencari adalah blog yang sudah lama wujud. Kandungan mereka juga banyak, penulisan mereka juga bertambah menarik.

Membuat blog tidaklah susah, tetapi apa yang hendak di tulis yang mungkin susah bagi setengah-setengah orang. Jangan risau pasal “Bagaimana nak buat blog ek?”, risaukan apa yang anda mahu tulis. Jadi mula hari ini, cuba cari idea apa yang anda ingin tulis di blog anda.
Share this post
  • Share to Facebook
  • Share to Twitter
  • Share to Google+
  • Share to Stumble Upon
  • Share to Evernote
  • Share to Blogger
  • Share to Email
  • Share to Yahoo Messenger
  • More...

0 ulasan:

Catat Ulasan